Isnin, Februari 27, 2012
Perihal 1 Malaysia.
Rabu, Januari 04, 2012
Kerana dia Anwar Ibrahim.
Selasa, November 22, 2011
Semua berita Harimau Muda menang.
"Bapa berang menantu sokong Indonesia"
Berita Ekonomi,
"Kemenangan Harimau Muda sedikit sebanyak mempengaruhi makro ekonomi dan KDNK negara"
Berita Jenayah,
"Budak sekolah didenda RM500 kerana mencuri jersi Malaysia gred AAA made in Thailand"
Berita Hiburan,
"Najwa Latif minat Thamil Arasu"
Berita Saham,
"Fakri naik, kekal.tidak berganjak-ganjak"
Berita Luar Negara,
"PM Zimbabwe Robert Mugabe, mengucapkan tahniah kepada Ong Kim Swee"
Berita Teknologi,
"software dalam Android memudahkan Izzaq Faris menggunakan tongkat secara siber."
Berita Pertanian,
"kemerosoton hasil getah disebabkan ramai buruh ambil cuti menonton bola di Gelora Bung Karno"
Berita Kesihatan,
"statistik pesakit jantung dijangka meningkat sejak Harimau Muda membaham Garuda Muda"
Selasa, November 08, 2011
Sentimenism
Selasa, November 01, 2011
Malas sebenarnya
Rabu, September 21, 2011
September 1998
September 1998, Abah kalau datang lewat melawat gua di asrama dengan mata merah terkena gas pemedih mata pastinya dari Dataran Merdeka.
September 1998, Setiap Sabtu gua dan abah turun ke Sogo. Abah selalu pesan, "Kalau kena kejar, terus lari ke Masjid Negara!"
September 1998, Abah juga selalu berpesan, "Kau jangan ikut orang yang nampak macam semangat sangat, mungkin dia bukan orang 'kita'!"
lu orang di mana ketika gua di mana-mana?
Isnin, September 05, 2011
Siapa Komunis? Siapa bela British?

Khamis, Jun 30, 2011
3 juta gerombolan akan turun?
Ahad, Jun 26, 2011
Ini salah!
Sabtu, Jun 25, 2011
MeDepa(dia)
Khamis, Jun 23, 2011
Ikut Suka Depa!
UMNO BN terasa gayat,
Hanya kerana sehelai baju,
Penguasa bacul tindas rakyat.
Isnin, Mei 23, 2011
Di sebalik Madrasah Al-Takwa.
Khamis, Mei 19, 2011
Maaf!
Selasa, Mei 17, 2011
Dah tak ada kerja.
Khamis, Mei 12, 2011
Kaslun!
Ahad, April 17, 2011
Sanggup Kah?

Sabtu, April 16, 2011
Ngap Sayot!
Selasa, Mac 29, 2011
Berita Bergambar.
Mamat Perkakas ini hadir ketika Majlis solat hajat dan Ceramah Perdana PR di Stadium Melawati.
Ahad, Mac 20, 2011
Al-kisah Komuter di Hari Ahad.
Isnin, Mac 14, 2011
Berita gaya Sokernet.

ARSENAL!
MANCHESTER: Arsene Wenger menegaskan Arsenal mempunyai karakter untuk bangkit kembali selepas disingkir keluar daripada tiga kejohanan di dalam tempoh dua minggu.
Kekecewaan terbaru mereka adalah kekalahan 2-0 kepada Manchester United di suku akhir Piala FA kelmarin yang menyaksikan Johan Djourou tersisih untuk baki musim ini dengan kecederaan bahu.
Ia hadir selepas tersingkir pada pusingan kedua Liga Juara-Juara oleh Barcelona pada pertengahan minggu serta tewas pada final Piala Liga kepada Birmingham.
Kali terakhir kelab itu memenangi piala adalah pada 2005 iaitu Piala FA dan kini harapan meraih kejuaraan di dalam Liga Perdana.
Mereka kini mengekori rapat Manchester United yang masih perlu berkunjung ke Emirates dengan ketinggalan tiga mata serta kelebihan satu perlawanan.
Wenger tetap mempertahankan pemainnya mempunyai mentaliti untuk mengatasi kekecewaan dan menekan Manchester United sepanjang saingan untuk kejuaraan liga itu.
Beliau berkata: “Saya percaya kami mampu melakukannya namun ini adalah ujian yang bagus kepada kami untuk menunjukkan kami mampu bersatu dan menunjukkan kekuatan mental dan bersatu hati serta memberikan tindak balas yang cepat.
“Kami ada satu minggu tanpa perlawanan di pertengahan minggu untuk pertama kali di dalam tempoh yang lama. Namun kami mempunyai peluang baik untuk menunjukkan kami berpadu.
